Archive for the ‘mlm’ Category

Tips trik dalam pengembangan bisnes MLM 2

February 24, 2007

Post yang terdahulu saya telah menjelaskan bahwa kita berhak menentukan untuk bergabung di bawah jaringan siapa yang kita pilih dalam suatu bisnes MLM…

Hari ni saya akan menjelaskan kesalahan #2 iaitu salah dalam memilih downline…

Menjadi seorang pelaku bisnes MLM bererti menjadi pemilik suatu usaha atau bisnes. Dan aset terbesar dalam bisnis MLM adalah downline. Jika sebuah perusahaan saja benar-benar sangat berhati-hati memilih setiap orang yang dapat bekerja di perusahaan tersebut, maka kita sebagai pemilik bisnes MLM juga seharusnya sangat berhati-hati dalam memilih downline.

JANGAN sembarangan memasukkan orang untuk bergabung dalam bisnes anda. Ingat, anda sendiri yang mengenal karektor anda dan karektor orang-orang yang anda pikir dapat bekerja sama dengan anda.

Oleh sebab itu, sebaiknya anda hanya membangun jaringan dengan orang-orang yang komited dan saling menguatkan. Ingat, jika anda memiliki downline yang tidak dapat anda ajak bekerjasama, ia akan menjatuhkan motivasi anda, maka anda hanya akan membuat bisnes anda berisiko untuk hancur.

Ya, bisnes MLM tidaklah mudah, tetapi juga tidak terlalu sulit jika kita mengetahui kunci-kuncinya. Orang-orang yang pertama harus anda hindari adalah orang-orang yang persimis dan berpikiran negatif. Ingat, semangat adalah sesuatu yang dapat menular, demikian juga semangat yang negatif…jika anda memiliki downline yang persimis, atau setidaknya mudah menyerah, maka anda juga cepat atau lambat akan dapat terpengaruh untuk menyerah…!!!

Oleh sebab itu, pilihlah baik-baik orang yang dapat anda ajak maju bersama-sama. Ok, mungkin sampai di sini dulu, besok saya akan mengirim post tentang kesalahan #3.

Tips trik dalam pengembangan bisnis MLM

February 20, 2007

Melebarkan sayap bisnes MLM memang mencabar dan banyak dugaan, kita perlu banyak bersabar. Memandangkan trend masyarakat kita hari ini yang tidak suka atau benci dengan MLM, mereka seolah-olah fobia dengan MLM ni, asal sebut aje MLM ramai yang melarikan diri atau mendiamkan diri.

Tetapi kita tidak boleh menyalahkan situasi kerana ia bukan dalam kawalan kita, apa yang perlu kita mesti belajar serta mengetahui teknik dan strategi yang betul.

Disini saya berikan tips trik dalam pengembangan bisnis MLM, khususnya kesalahan-kesalahan yang paling sering dilakukan oleh banyak member MLM.

Kesalahan #1 adalah salah dalam memilih upline..

Ya, banyak pelaku bisnes MLM yang tidak menyedari melakukan hal ini.

Kejayaan anda memang tidak sepenuhnya ditentukan oleh upline anda, tetapi pada tahap-tahap awal, setiap member MLM masih harus belajar dan dibimbing oleh upline anda.

Oleh sebab itu upline anda dapat mempengaruhi kejayaan anda.

Anda harus benar-benar berhati-hati dalam memilih upline!!!

KUNCINYA SEDERHANA, jika anda tertarik kepada suatu bisnis MLM, anda JANGAN TERUS langsung bergabung dan mendaftar sebagai downline sponsor yang menaja anda…

Yang pertama anda harus lakukan adalah mempelajari lebih dahulu dan mengenal lebih dekat upline anda/sponsor anda.

Ini sangat penting…

Anda pasti mengetahui bahwa bisnes MLM adalah bisnes yang memerlukan kerja kumpulan (TEAM WORK)

Oleh itu, anda harus MEMASTIKAN apakah upline/sponsor anda adalah upline yang akan membantu anda sampai anda berjaya.

Anda harus MEMASTIKAN apakah upline/sponsor anda adalah upline yang tidak hanya menginginkan transaksi atau hanya agar anda membeli produk.

Anda harus MEMASTIKAN apakah upline/sponsor anda adalah seorang upline yang komitmen terhadap kejayaan downline-downlinenya yang lain (kalau sudah ada).

Ya, dan banyak lagi kualiti yang harus anda lihat apakah ada di dalam diri sponsor/upline anda.

Jangan sampai anda mengulang kesalahan kebanyakkan orang dimana mereka berhenti dan gagal menjalankan bisnesnya karena “ditinggalkan” oleh uplinenya, sangat sedih bukan, banyak kes seperti ini.

Dan jika anda ragu terhadap calon sponsor anda, yang harus anda lakukan adalah TIDAK HARUS bergabung menjadi downlinenya, walaupun dia yang memperkenalkan bisnes itu kepada anda…

Benar, kan tidak ada peraturan yang mewajibkan kita bergabung menjadi seorang downline yang memperkenalkan kita kepada bisnes tersebut.

JANGAN pertaruhkan kejayaan anda kepada upline-upline yang tidak bertanggung jawab…!!!

Ok, sampai disini dulu, besok saya akan memberikan kesalahan #2
yang sering dialami oleh pelaku bisnes MLM.

MLM Memang Skim Piramid?

December 17, 2006

Memang perbincangan skim piramid dan MLM bagai tidak dapat dipisahkan… perdebatan ini tidak akan berakhir walaupun ianya telah bertahun dibahaskan.Saya juga tak merasakan yang topik ini akan kurang diperkatakan di masa akan datang. Kalau tak percaya, simpan e-mel ini dan baca sekali lagi 2 atau 3 tahun akan datang, dan lihatlah di pelbagai forum yang membincangkan perniagaan sebegini.

Jadi, betulkan MLM itu ialah sebuah skim piramid?

Sebelum saya jawab soalan ini, biar saya berikan 3 senario di bawah:

1. Sebuah kerajaan mempunyai seorang presiden atau perdana menteri, diikuti oleh beberapa menteri… dan wakil-wakil rakyat lain, ketua daerah dan sebagainya.

Cuba perhatikan…

Adakah jumlah perdana menteri lebih ramai dari menteri? Bagaimana pula jumlah menteri berbanding wakil rakyat… dan jumlah… anda tahu selebihnya bukan?

2. Sebuah syarikat mempunyai seorang CEO atau presiden, diikuti dengan naib presiden, direktor, pengurus dan lain-lainnya.

Berapa ramaikah bilangan direktor jika dibandingkan dengan jumlah pengurus?

Sudah tentulah jumlah direktor lebih rendah dari jumlah bilangan pengurus.

Bagaimana pula gaji presiden berbanding gaji seorang pengurus? Bolehkah seorang pengurus mempunyai gaji setinggi gaji pesiden? Tentu kucar-kacir pengurusan syarikat ini jika gaji presiden (orang paling tinggi dalam piramid) lebih rendah daripada gaji seorang pengurus.

3. Sebuah organisasi MLM mempunyai pemimpin yang mempunyai lebih ramai orang di bawah beliau dengan pelbagai pangkat yang lebih rendah. Beliau mendapat lebih banyak pendapatan daripada orang lain.

Walau bagaimana pun, tidak mustahil orang di bawah beliau menjadi lebih bagus dan menyamai atau mendapat lebih banyak pendapatan daripada beliau pada suatu hari nanti. Semuanya bergantung kepada usaha mereka membina sebuah piramid yang besar.

Jadi, apakah kesimpulan yang hendak saya buat di sini?

Senario manakah lebih adil?

Jangan anda tersalah anggap yang sesebuah organisasi piramid itu adalah menyalahi di sisi undang-undang. Yang salahnya ialah skim cepat kaya yang menggunakan piramid untuk menindas orang bawahan.

Sebenarnya, organisasi yang berbentuk piramid adalah sebuah organisasi yang kukuh. Jika tidak, sebuah negara mungkin akan tumbang. Ekonomi negara akan ke belakang, dan orang akan terus gagal di dalam bisnes.

Masalah piramid dan MLM sepatutnya difahami dengan betul… dan bukannya mengambil kesimpulan yang MLM adalah sebuah piramid yang menyalahi undang-undang.

Jadi, betulkan MLM itu sebuah piramid?

Ya, MLM ialah sebuah piramid tetapi tidak semestinya skim piramid atau skim cepat kaya yang menyalahi undang-undang. Kerajaan kita juga berbentuk piramid, syarikat swasta dan kerajaan juga berbentuk piramid. Mungkin keluarga anda juga berbentuk piramid.

ikhlas,

Zamri Nanyan

================================================
Zamri Nanyan berjaya membongkar rahsia kejayaan Tom “Big Al” Schreiter dengan terbitnya ebook hebat Rahsia Sistem Merekrut MLM. Buat pertama kalinya dalam sejarah, buku Tom Schreiter ini diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Dapatkan ebook ini sekarang di http://www.rahsiamlm.com/index.php?ref=ezaen
================================================

Hadiah Istimewa – Rahsia Penajaan Hebat..

November 16, 2006

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera

Dapatkan hadiah istimewa Rahsia Sistem Merekrut MLM (Penajaan Hebat)

Anda tahu?

Rakan baik saya dan juga seorang internet marketer Malaysia yang disegani, Zamri Nanyan, akan melancarkan produk digital Melayu pertama beliau yang berjudul “Rahsia Sistem Merekrut MLM” pada jam 8:00 pagi, 21 November 2006.

Rahsia Sistem Merekrut MLM ini adalah terjemahan buku asal tulisan pakar MLM terbilang USA, Tom “Big Al”Schreiter. Saya telah pun berpeluang membaca buku ini dan saya boleh katakan…

Menarik
Memang ada “Kelas”

Buku ini penuh dengan pelbagai cerita menarik yang tidak akan membosankan anda membacanya. Yang paling saya suka ialah bahagian bagaimana Tom membawa “apprentice”nya melawat satu perjumpaan peluang perniagaan syarikat lain… geli hati pun ada… pengajaran pun tak kurang hebatnya…

Sekiranya anda sedang menjalankan perniagaan MLM, saya pasti ilmu yang dicurahkan di dalam buku ini mampu meningkatkan kejayaan perniagaan anda.

Jika anda belum menyertai sebarang MLM, apa salahnya anda pelajari bagaimana ianya dilakukan dengan betul. Jangan cuma dengar khabar angin sahaja yang MLM itu, MLM ini… Dapatkan fakta dari sumber yang tepat dan buku ini ialah rahsianya.

Tunggu 21 November 2006 nanti dan jangan lupa,

Dapatkan hadiah istimewa anda di sini